Sunday, July 17, 2011

Pengacara Popular TV3 Selamat di NIKAH kan!!!!

Dengan sekali lafaz, pengacara popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, selamat dinikahkan bersama pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa dalam majlis tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur malam tadi.
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dengan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Nurul Syuhada, 27, yang kini merupakan pengacara program Majalah 3 menerima mas kahwin berjumlah RM777 dan wang hantaran sebanyak RM20,111 daripada Raja Amir, 29.

Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai ini di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Nurul kelihatan anggun dengan busana kaftan muslimah rekaan Datuk Radzwan Raziwill. Dia menerima sentuhan Khalid & Favors By Eddie sebagai perancang perkahwinan.


Sumber : MANGGA

1 comment:

Idah said...

padan betul pasangan pengantin ni..semoga hidup berkekalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...