Sunday, July 17, 2011

Keputusan utk bercerai setelah 7thn ....

LOS ANGELES: Penyanyi yang juga pelakon, Jennifer Lopez akan bercerai dengan suami, Marc Anthony selepas tujuh tahun berkahwin.

Pasangan itu mendedahkan keputusan mereka dalam kenyataan bersama kepada majalah People, semalam.


“Ia keputusan yang amat sukar. Kami mencapai keputusan itu selepas menimbang semua perkara,” kata mereka.

Jennifer dan Anthony berpacaran seketika tetapi putus pada 1990-an sebelum menyambung percintaan mereka pada 2004.


Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun itu juga dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Jennifer di Beverly Hills.


Penyanyi itu melahirkan anak kembar, Max dan Emme pada Februari 2008. “Ia keputusan amat menyedihkan bagi semua,” kata pasangan itu dalam kenyataan berkenaan.

Jennifer yang juga dikenali sebagai JLo, mula memegang watak utama menerusi filem ‘Selena’ pada 1997 sebelum dicalonkan untuk anugerah Grammy dalam nyanyian. Album terbarunya, yang ketujuh, berjudul ‘Love’ diterbitkan April lalu.


Ia adalah perkahwinan ketiga bagi Jennifer dan kedua untuk Anthony. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...