alau sebelum ini, hanya khabar angin sahaja yang bertiup membisikkan tentang hubungan yang terjalin antara pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani bersama bekas pemain drum Black Rose, Sha'arin, kini Yasmin Hani sudah pun membuka mulut tentang perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Bertemu Yasmin Hani di majlis pelancaran drama terbarunya, Wasiat, Yasmin mengakui dia kini dalam tempoh membuat persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada pertengahan bulan Oktober nanti.
Setahun bercinta bersama Sha'arin, jelas Yasmin dia kini sudah bersedia untuk bergelar isteri. Mempunyai minat yang sama dari segi muzik, jelas Yasmin, Sha'arin juga sangat mencintai laut, seperti mana dirinya.
"InsyaAllah, majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan pada bulan Ogos ini, dan sekarang ini saya sedang selesaikan beberapa prosedur perkahwinan yang agak sedikit rumit.
"Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja, jadi saya minta maaf terlebih awal sekiranya ada yang tidak mendapat undangan nanti. Sebelum ini saya memang teringin untuk bersanding ditaman sambil disaksikan oleh keluarga-keluarga terdekat sahaja.
"Saya bercinta dengannya (Sha'arin) sudah lebih setahun yang lalu, sekarang bila keluarga sebelah dia dah ok, dan keluarga saya juga begitu, jadi kami tidak mahu lagi bersembunyi atau menyorokkannya,"jelas Yasmin Hani yang sudah pun mengambil kursus kahwin tidak lama dahulu.
Menebak tentang Sha'arin, Yasmin mengakui lelaki itu begitu serasi dengannya dan banyak mengisi kekosongan yang ada dalam dirinya.
"Dia seorang yang sederhana, dari segi persamaan, kami berdua sangat sukakan muzik dan laut. Saya suka padanya kerana banyak perkara yang ada dalam dirinya, tidak ada dalam diri saya, begitu juga sebaliknya.
"Kami saling melengkapi dan dia juga sangat pandai menjaga saya sehinggakan ada kalanya dia lebih teliti berbanding saya,"jelasnya lagi.
Bercerita tentang perkahwinan, Yasmin masih akan meneruskan kerjayanya dalam bidang seni ini biarpun nanti akan bergelar isteri.
"Tiada halangan untuk saya terus dalam bidang ini, malah dia juga suka jika saya terus aktif dalam berlakon atau mengacara kerana ini juga akan menjana ekonomi keluarga kami. Dia juga pernah bekerja lama di Astro, jadi tidak ada masalah untuk dia memahami keadaan saya sebagai artis, yang penting kejujuran antara satu sama lain,"luahnya.
1 comment:
yg baik tu cepat2 kan... moga depa bahagia nanti.
Post a Comment