Thursday, July 28, 2011

Maut di himpit Treler




GEORGE TOWN - Seorang pemandu treler maut tersepit selepas kenderaan yang dipandunya itu bergerak dan mengheretnya di Jalan Farlim di sini malam kelmarin gara-gara terlupa menarik brek tangan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohd. Erwadi Othman, 32, dari Ipoh, Perak dipercayai berada bersebelahan treler tersebut sebelum kenderaan itu bergerak dan mengheretnya.

Mangsa yang sempat meraung meminta pertolongan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah kerana tersepit manakala beberapa pemandu yang cuba memberi pertolongan pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana sukar membantu.

Menurut rakan sekerja yang juga kelindan treler itu, Budiman Abdul Kadir, 30, mangsa pada mulanya memisahkan bahagian kepala dan badan treler untuk mengisi minyak.

"Badan treler ditinggalkan di tepi jalan sebelum dia kembali untuk menyambungkan kepala treler tapi ketika turun, treler berkenaan secara tiba-tiba bergerak ke depan.


Sumber : KOSMO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...