DUNGUN: “Ramai beranggapan saya bertudung kerana kecewa putus cinta malah tidak kurang menganggap ingin mendapat perhatian peminat tetapi sebenarnya penghijrahan ini tidak kena mengena dengan gosip berkenaan sebaliknya datang dari niat yang ikhlas dan hidayah,” kata pelakon dan pengacara terkenal, Irma Hasmie Ibrahim.
Ketika ditemui pada Majlis Perasmian Butik dan Duta D’Haja di Bangunan Arked Mara, di sini, semalam, Irma Hasmie berkata, dia sudah lali dengan pertanyaan banyak pihak serta tohmahan dilemparkan kepadanya dan menyifatkan setiap penghijrahan pasti mempunyai ujian atau dugaannya tersendiri.
“Saya tidak kisah dengan tohmahan segelintir pihak, paling penting perubahan ini dibuat dengan kerelaan sendiri dan berharap ia diterima Allah seterusnya menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Semua peristiwa yang pernah berlaku ke atas diri saya sebelum ini, gosip atau kisah percintaan biarlah ia berlalu dan tidak mahu lagi mengungkit atau bercerita mengenai kisah lama kerana ia juga mendorong kepada dosa iaitu mengumpat.
“Saya lebih suka berdiam diri daripada bercerita mengenai orang lain serta memberi sepenuh perhatian kepada kerja dan tanggungjawab,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan kononnya, rezeki pelakon itu semakin sempit sejak bertudung, Irma Hasmie berkata, dia tidak setuju dengan kenyataan itu kerana perubahan imejnya langsung tidak menjejaskan tawaran berlakon atau bidang pengacaraan sebaliknya semakin dihujani dengan pelbagai tawaran.
“Bukan saya seorang saja yang berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung sebaliknya ramai artis berbuat demikian dan terbaru Raja Farah juga turut memilih untuk bertudung.
2 comments:
yeyeyeye..sy setujuuuu... :)
anak kak liza komen, bertudung salah, tak bertudung salah. biarlah apa alasan pun, comel dah bertudung tu.
Post a Comment