Wednesday, July 27, 2011

cikgu TABIKA bertaraf Diploma....



TANJUNG MALIM – Seramai 107 tenaga pengajar Taman bimbingan kanak-kanak (tabika) muncul sebagai graduan sulung Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada Majlis Konvokesyen Ke-13, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam.

Seorang guru tabika Kemas dari Pekan, Pahang, Norizan Abu Bakar, 45, berkata, usahanya selama dua tahun belajar di UPSI kini berbaloi setelah mengalami kekecewaan sebelum ini apabila pengajiannya di salah sebuah institusi pengajian tinggi dalam negara tidak diiktiraf.

“Ini merupakan kali kedua saya memperoleh diploma setelah pengajian sebelum ini tidak diiktiraf kerana tidak cukup kredit.

“Namun, peluang kembali cerah apabila Kemas menawarkan pengajian secara percuma selain memikirkan pendidikan amat penting bagi menjamin masa depan,” ujarnya yang memperoleh purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.63.

Seorang lagi guru tabika Kemas dari Pelabuhan Klang, Selangor, Azizan Ibrahim, 39, berkata, kejayaan memperoleh CGPA 3.84 amat bermakna kerana dia antara graduan sulung daripada Kemas yang berjaya menamatkan pengajian dengan baik.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Pengarah Kemas kerana memberi galakan kepada kami menyambung pelajaran dan kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada anak-anak serta murid kami untuk lebih berjaya,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Gabenor Aceh, Indonesia, Irwandi Yusuf dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kerana jasa mereka kepada pembangunan pendidikan.

Kedua-dua tokoh itu masing-masing dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kepemimpinan dan Pembangunan Pendidikan dan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan.

Kesemua graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing yang disampaikan oleh Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun


Sumber : KOSMO

1 comment:

zahidah seran said...

pendidikan awal la paling penting untuk anak-anak. bagus KEMAS wat program cenggini.
memartabatkan taraf pendidik tu sendiri, pastu pendidik pun dapat ajar bebudak dgn lebih berkesan.
*oh komen berjela pulak. =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...