Monday, July 18, 2011

Kejayaan Anak Pemandu Lori....



SHAH ALAM - Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Misra Helma Firdaus berjaya membuktikan status diri bukan penghalang kejayaan.

Sebagai anak pemandu lori, dia membuktikannya dengan merangkul anugerah berprestij itu pada majlis konvokesyen ke-9 Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di sini semalam.

Malah anak sulung daripada empat adik-beradik itu berharap kejayaannya akan dapat mengubah kehidupan keluarganya.

"Dulu, akibat masalah kewangan, saya pernah melepaskan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Indonesia selepas tamat pengajian diploma di PTPTL (Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan).

"Bagaimanapun, semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk menjadi seorang doktor pakar sakit puan dan saya teruskan pengajian di MSU sehingga mencapai kejayaan ini," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur ketika ditemui di sini semalam.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan itu juga memberitahu, dia juga aktif dalam persatuan Silat Seni Gayung Pattani sehingga muncul juara Pertandingan Silat Melayu peringkat kebangsaan pada tahun 2008.

Dia juga pernah mewakili negara di Paris pada tahun lalu.


Sumber : KOSMO

3 comments:

Idah said...

usaha tangga kejayaan..walaupun susah tapi semangat ingin berjaya membuahkan hasil

Pn. Sheila said...

allhamdulillah... kejayaan tak kira pada pangkat dan darjat...

Mrs.Yie said...

kejayaan yg di miliki x kira siapa yg dapat rezekinya..dari mana asalnya..apa pekerjaannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...