Wednesday, July 20, 2011

Krisdayanti Bakal dpt Anak Perempuan???

JAKARTA: Teka-teki mengenai jantina anak yang dikandung Krisdayanti akhirnya terjawab apabila ia didedahkan sendiri oleh anak sulung penyanyi itu hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer Anang Hermansyah, Aurel yang memaklumkan kepada media bahawa ibunya itu hamil anak perempuan.

“Mimi bilang (bayi) perempuan. Saya gembira ia perempuan kerana akan mempunyai teman sebab selama ini saya adalah satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga besar mimi,” kata Aurel ketika ditemui di Gallery Bellarosa di Kawasan Jeruk Purut, Jakarta Selatan.
Malah, Aurel juga melahirkan rasa tidak sabarnya menemani ibunya yang bakal melahirkan adiknya di Jakarta.

“Pastinya, Mimi juga mahukan saya dan Ziel (Azriel) untuk menemaninya sekiranya beliau berada di Jakarta. Jika di Dili kami tidak dapat berbuat demikian kerana jauh,” kata Aurel.

Krisdayanti pula dilaporkan menjelaskan beliau sendiri tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan hasil hubungan beliau dengan suaminya, Raul.
“Sama ada lelaki atau perempuan yang penting senang. Semuanya rezeki bagi diri saya,” kata bekas anggota D3IVA itu sambil ketawa.

Pelantun lagu Aku Wanita Biasa itu kini sudah memasuki bulan ketujuh kehamilannya.
Krisdayanti juga dilaporkan mengalami kenaikan berat badan sehingga 30 kilogram berikutan kehamilan beliau itu yang ternyata sekali turut mempengaruhi gaya penampilan sang diva berkenaan. – Agensi

Sumber : BERITA HARIAN

1 comment:

Anonymous said...

Most powerful&cost effective SEO service in world get up to 100K backlinks now!
Get large web traffic using amazing xrumer service available. We can post your marketing message up to 100K forums around the web, get insane amount of backlinks and incredible online web traffic in very short time. Most affordable and most powerful service for web traffic and backlinks in the world!!!!
Your post will be published up to 100000 forums worldwide your website will get insatnt traffic and massive increase in seo rankings just after few days or weeks. Order now:
xrumer service

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...