Tuesday, May 24, 2011

cintailah org yang menyintai kita setulus hati 8

"Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi
badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara.
"Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk
dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya
nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang."
Harriz....Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang
mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada
orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair.
Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia
sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan
pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku
malu dengan tindakan Harriz. Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam
diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku
benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga
dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang.
Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya
selama ini. Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh
cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk
meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan
kesilapan.
Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku.
Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz. Dua minggu lagi akan
tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira
sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat
bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan
sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan
aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi. Yang terbayang di
dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang
terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk
berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi
peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan
sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa
yang telah aku lakukan sekarang?
"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi
itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam
kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami
supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2
minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari
malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada
saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan
pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup
ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya."
Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang
terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin
mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih
tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak
sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku
tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu. Harriz, kenapa kau
terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di
hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau
menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta
kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku
malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.
"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini
kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak
sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh
namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami
menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu
dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget.
"Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri
lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir
dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." Harriz
sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini
aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.
"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya
bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di
luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligat otakku
mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di
London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke
dia ni atau sengaja nak memainkan aku?
"Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya
tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya."
Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan sebentar tadi?

bersambung.................................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...