Tuesday, May 24, 2011

cintailah org yang menyintai kita setulus hati 10

Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi,
begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang
dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan
ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai
ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu
akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku
kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini. Keesokan harinya aku terlewat
bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan
sesuatu...Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta
Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu. Terlalu cepat Harriz
meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku
buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk berhadapan
dengan aku. Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat
lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati
aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa.
Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh
surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka
kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat
surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati
aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang.
Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat
untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat
tersebut dan akhirnya....
"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT
HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan
yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002"

-HARRIZ BIN HASHIM-

Dia benar-benar melakukannya...Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini
bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan
undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang.
Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung
ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu
lembut? Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya
berlaku sudah pasti aku tak m ahu engkau meninggalkan aku. Aku mula
menyayangi
dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz
sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...