Tuesday, May 24, 2011

cintailah org yang menyintai kita setulus hati 12

Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di
saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa.
Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang
kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah
yang ada masalah. Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan
sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah
juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan
berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan rapi
(ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang
sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca
buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk. Aku tidak
dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz.
Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi
semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku
takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengar
berita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz...Ya Tuhan, selamatkan
Harriz.
Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah limpahan
rahmat kurniamu... Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita
Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimana
keadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor
telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku
rasakan semakin laju. Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin
sekarang Harriz amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh
Harriz. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati
ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin
aku katakan bahawa
di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari
segala kesulitan hidup.
Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi. Tidak
dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang
paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas
keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini.
Harriz...Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar
telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku
temui sampai bila-bila...
"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz
sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat
selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah
semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak
mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain....."
Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di
awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk.
Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa
henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf.
Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.
"Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk
sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain..." Aku menjerit sekuat
hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku
keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud
dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku
hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah
menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam
itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu
begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang
yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan
lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah
terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku
di saat-saat cinta ini telah berputik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...