Tuesday, May 24, 2011

cintailah org yang menyintai kita setulus hati 11

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan
Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana
Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku
temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz. Aku ingin
mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah
bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku. Aku
ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu
disebabkan kebodohan aku. Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah
merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal.
Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah
dosa aku padanya?
Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka
benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku,
begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama
kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak boleh
kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak
pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu,
sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu.
Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia
jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti
cinta, kasih, sayang dan rindu.
Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan sayang
pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari
ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan
jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang
tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang
keramat itu. Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di
London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah
seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti
aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya.
Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu.
Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali
diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz.....Di mana kau
sekarang...

bersambung.......................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...