Tuesday, May 24, 2011

cintailah org yang menyintai kita setulus hati 13

Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku
kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya
pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini
jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan
Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata
kerana meratapi kematiannya. Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati
ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah
sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku
dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu
angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri. Sepucuk surat yang
terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca.
Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi
hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!..
Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati
ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama.
Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon
padamu Harriz... Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku
membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana
tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi
telah ditentukan Tuhan.
Sesungguhnya...syurga seorang suami adalah ketika
bersama isterinya dalam susah dan senang... Permata hati buat isteri yang
disayangi Nurul Ain Bt Hamdi...
Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas.... Awak adalah
anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya... Biarpun cinta ini tidak
pernah wujud dalam diri awak... Namun, harapan itu tetap ada dalam impian
saya Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai awak dengan
setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini Memiliki awak adalah
amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk
Hawa... Namun, pemergian saya tak dirancang... Bila-bila masa sahaja
nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi
Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai
awak...
-HARRIZ BIN HASHIM-
01 JANUARI 2003



p/s : Abih dahh...sedey tak? huhuhu..setiap kali aku baca citer ni mesti sebak je...sumber yg di perolehi tidak di ketahui...sbb lama dah citer ni aku simpan dlm emel yg kwn aku kirim kan...kalau ada tuan empunya yg membaca ni..aku harap dia mengizinkan nya...best sgt citer niii...!!!

2 comments:

Bunga April said...

follow & FOLLOWWWW....join my blog jommm....
anyway mmg best laaa bc cite niii....

aku dan segalanya said...

best kann...kite dah followwww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...