Tuesday, May 24, 2011

cintailah org yang menyintai kita setulus hati 9

"Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar
waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat
saya bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya jadi pelayan bar di situ.
Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa. Siang
saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali
awak." Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku
terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan menemukan
aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandai
menyimpan rahsia.
"Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana
termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini
berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya.

"Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana
saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata
saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan
hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan
dosa-dosa saya." Harriz tertunduk menahan sebak di dada.
"Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan.
Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya
yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu
kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir
dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini
yang kian singkat...."
Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia cuba
maksudkan? Hariz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz yang
selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar
seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat
air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan.
"Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun
dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar.
Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama
ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk
berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita
lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak
dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini."
Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya.
Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku
tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa
lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang
tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak
nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz
hanya
mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan.
Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami
berpisah.
"Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya.
Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak,
namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke
akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih
mengenali awak.
"Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya
harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana
awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati
awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling
bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali terakhir.
Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok.
Mungkinkah ianya terjadi...

bersambung..............................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...