Tuesday, May 24, 2011

cintailah org yang menyintai kita setulus hati 6

"Ain...Ain... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak
balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak yang kini
dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak..
"Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3
hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak
dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz menyampuk. Aku menjeling pada
Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan
kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak
tolak.
"Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat
rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku
menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka
tapi aku tak mahu berlakon lagi.
"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu
kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah."
Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik.
Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku.
Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik
Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun.
Semua mata memandang ke arah aku.
"Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada
mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak
payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik."
"Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni.
Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami.
Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz." Berbakul-bakul
ibu membela Harriz. Eeeee....bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya
tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata,
apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala.
Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api.
"Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu
dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu
dengan harapan Harriz akan membantu aku.
"Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih
sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan
lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong aku. Lega rasanya
di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum.
Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak
mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz.
"Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah
tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka
melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.

bersambung...................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...